“Bukan lagi Malek..” Penonton berdekah gelak tengok Aaron Aziz bertukar jadi ‘Kak Ziana’

Kalau sebut sahaja nama pelakon sado Aaron Aziz, pasti kita sudah dapat membayangkan babak penuh aksi lakonanya dalam filem KL Gangster.

Namun, pada malam episod pertama rancangan ‘All Stars Buka Panggung’ yang merupakan rancangan komedi terbaru Astro, Aaron Aziz telah membuatkan ramai terkejut apabila pertama kali membawa watak lelaki lembut.

Abang bukan Malek lagi, abang ziana sekarang

Dalam satu segmen rancangan tersebut, Aaron perlu melakonkan babak spontan berdasarkan karakter dan situasi yang diberi, dengan dibantu oleh hos rancangan tersebut, Ajak dan Shahrol.

Yang membuatkan ramai terhibur adalah, apabila ramai yang tidak sangka ‘Abang Malek’ boleh bertukar jadi ‘Ziana’ iaitu  watak seorang jurusolek berkarakter lelaki lembut.

https://www.youtube.com/watch?v=OaTpgfNBLE0

Menang pulak tu!

Memang pecah perut dibuatnya, lakonan dan lawak bersahaja daripada hero Malaya ini ternyata membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara pada minggu pertama dengan memenangi wang tunai RM4,000 berserta trofi.

Mengekek aku gelak time tengok jadi adik2 tuu

Menerusi komen netizen di IG Aaron, rata-ratanya tidak sangak pelakon berbadan sasa itu berbakat dalam melawak, kesemua memberi pujian dan reaksi positif dengan persembahan komedinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Astro Gempak & Aaron Aziz