“Doc, Bagaimana Nak Bvktikan Saya Masih Svci Kepada Tunang Dan Family” Dr Amalina Terkedv Terima DM Dari Gadis.

Sudah menjadi kebiasaan, ada di antara masyarakat kita yang akan mengaitkan selaput d4ra dengan soal keperawanan wanita. Bahkan, mengikut cerita orang dulu-dulu, ada yang akan memeriksa kain cadar yang ditiduri pasangan pengantin pada keesokkan pagi bagi mengentahui pasangan pengantin yang dikahwini masih d4ra atau tidak.

Namun, hakikatnya dengan hanya menilai keadaan selaput d4ra sebenarnya tidak boleh menentukan ‘virginity’ seseorang wanita itu adakah dia pernah melakukan hubungan kelamin atau tidak. Banyak faktor yang menyumbang kepada terjejasnya selaput d4ra seperti melakukan aktiviti lasak seperti berlari, bersenam, membuat regangan, berbasikal atau memanjat sesuatu.

Perkongsian oleh Dr Amalina Bakri melalui di media sosial twitter ini menunjukkan betapa masih rendahnya tahap pemikiran masyarakat mengenai isu ini. Organ seksual wanita ini seringkali menjadi salah faham dan topik bualan sehinggakan seorang gadis bertanya mengenai medical check-up di bahagian selaput d4ra kerana diminta oleh keluarga tunangnya. Seriously?

Ada tak minta medical check-up untuk bagi bukti?

Sedihnya apabila tunang dan keluarganya meminta bukti sebegitu

Dr Amalina turut menyatakan rasa sedih dengan permintaan keluarga tunang kepada gadia berkenaan yang dirasakan tidak patut.

Bagi memberi penjelasan panjang lebar, beliau turut berkongsi artikel daripada Prof Dr Imelda mengenai ‘selaput d4ra’. Tidak keterlaluan andai dikatakan, masyarakat kita masih belum mendapat pemahaman yang sebenar mengenai isu ini.

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka

Sila tinggalkan tunang anda

Keluar daripada keluarga tersebut

Putuskan hubungan serta-merta

Nanti dah kahwin minta pula bukti boleh beranak ke tidak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Twitter : DrAmalinaBakri  /siakap keli