“Tak Cvkup Sekadar Te0ri, Sijil Belajar Untuk Jadi Pelak0n” Raja Azrey

Memang senang hendak jadi pelakon, namun bergelar yang terbaik tidak semudah yang disangka. Banyak ilmu dan pengalaman bersulam cabaran harus diraih serta dilalui demi menjadi yang terbaik.

Pengarah dan pelakon filem, drama serta teater, Raja Azrey Raja Kamaruzaman berkata, pelakon baharu seharusnya sentiasa terbuka dan rajin belajar teknik lakonan yang betul.

Menggunakan bakat dan pengalaman yang diraihnya dalam dunia seni, Raja Azrey yang sudah lebih setahun menjadi tenaga pengajar di Seni Sezaman Legacy Production menurunkan ilmu kepada bakat baru yang mahu menceburi dunia lakonan.

Menariknya, Raja Azrey memberikan pendekatan dan cara pembelajaran berbeza daripada kelas lakonan biasa apabila peserta didedahkan dengan teori dan teknik lakonan di kelas dan di minggu kelima mereka akan masuk ke set penggambaran sebenar.

“Tidak cukup hanya belajar teori dan berbekalkan sekeping sijil untuk ‘menjual’ bakat, tetapi mereka juga perlukan pendedahan sebenar untuk mengetahui pahit maung mengejar impian menjadi pelakon.

“Setiap kelas, saya hadkan penyertaan 12 hingga 16 orang agar lebih fokus dan pada penghujung kelas saya akan siapkan skrip dan mengarah filem pendek berdurasi 15 minit.

“Saya sesuaikan watak dengan setiap peserta dan walaupun dia hanya berkemampuan mengucapkan sebaris dua dialog, kita tetap boleh nampak kewujudan dia dalam filem itu,” katanya.

Jelas Raja Azrey, penggambaran dibuat sehari saja dan peserta didedahkan kepada penggambaran filem sebenar. Mereka dikehendaki berada di lokasi seawal jam 6.30 pagi, pemilihan wardrobe bersesuaian watak, menghafal skrip dan bersedia dengan watak masing-masing.

“Kepenatan yang mereka rasakan sekarang akan menjadi dua kali ganda apabila sudah jadi pelakon, itu belum lagi terpaksa berhadapan dengan karenah pelakon lain.

“Siap saja filem pendek itu, saya akan berikan pautan kepada mereka untuk ditunjukkan ketika ke sesi ujibakat. Filem pendek itu kemudiannya akan dimuatnaik dalam saluran Youtube Seni Sezaman Legacy Production,” katanya.

Raja Azrey ditemui di lokasi filem pendek berjudul Roh Sahara di Cheras, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Seni Sezaman Legacy Production, Naim Harris berlakon sama memegang watak utama sebagai sokongan kepada semua peserta.

Ini adalah karya keempat Raja Azrey selepas Ajal, Hilang dan Bvnuh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: MHE TV