Penyanyi popular, Hael Husaini berkongsi sepotong video dia menyanyikan lagu terbarunya iaitu Hari Ini bersama Dayang Nurfaizah.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
“Hari ini ke Hari esok,” tulis Hael ringkas sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Hael dan Dayang kelihatan ‘sweet’ bersama, malah ramai juga yang mengusik tentang cara Hael memandang Dayang dalam video tersebut.
Berikut adalah beberapa komen menarik dari netizen :
“Bersemut lah, cepat la nikah.
“The way he looks at her.
“Kenapa aku yang senyum sorang.
“Find a man that looks at you like the way Hael looks at Dayang,”
Seperti diketahui ramai, Hael dan Dayang kerap berkolaborasi dalam persembahan dan turut menghasilkan lagu duet bersama.
Keserasian mereka itu menyebabkan ramai peminat sering mengusik dan menganggap mereka menjalinkan hubungan istimewa.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
SUMBER: Instagram @haelhusaini