“Rambut Putih Dah Tukar Hitam,” Hazeman Huzir Rancang Tunai Umrah Tak Lama Lagi

Berubah kearah kebaikan adalah salah satu perkara yang sangat digemari oleh Sang Pencipta. Hal ini kerana ia dapat membentuk kita menjadi seorang insan yang lebih matang dan faham matlamat kita dalam kehidupan.

Hijrah kearah lebih baik

Umum sedia tahu bahawa selebriti terkenal yang menjadi pengacara rancangan Motif Viral, Hazeman Huzir telah pun bertekad untuk menjadi Muslim yang lebih baik. Perkara tersebut dinyatakan sendiri olehnya menerusi saluran YouTube rasminya.

Proses hijrah yang dilakukan oleh Haze dimulai dengan menghitamkan kembali rambut selepas beberapa tahun dikenali sebagai artis berambut putih di kaca televisyen.

Rambut dah hitam

Berkat usaha dan kesungguhannya, dia kembali dengan imej asal berambut hitam dan mengakui sedang menambahbaik peribadi diri dengan ilmu agama.

Nak tunai Umrah

Haze juga dikhabarkan akan menunaikan Umrah tidak lama lagi selepas beberapa IG Story daripada rakan-rakannya mengucapkan selamat menjalani ibadah tersebut.

Semoga ibadah Umrah yang akan dikerjakan oleh pengacara tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat Umrah yang mabrur oleh Allah S.W.T.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Hazeman Huzir