Tak sangka, 13 tahun sanggvp tunggu bekas isterl

Shamsuddin, 57, dan Mawarniza, 51, antara 44 pasangan yang dinikahkan di Masjid Puncak Alam, Kuala Selangor.

Menurut Shamsuddin, dia sangat berharap dapat disatukan semula dengan isteri yang dikahwini pada 2001 berikutan perasaan sayang masih menebal terhadap wanita itu sejak sekian lama.

Syukur doa dimakbulkan

“Saya tunggu isteri selama 13 tahun untuk dia bersedia berkahwin semula.

“Alhamdulillah, doa saya akhirnya dimakbulkan apabila isteri bersetuju bersatu semula tahun ini.

Peluang yang tidak akan disia-siakan

“Bagi perkahwinan kali ini, saya nekad untuk buat sehabis baik supaya hubungan kami lebih harmoni dan bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya yang turut ditemani dua anaknya ketika ditemui hari ini.

Shamsuddin (kanan) bersama Mawarniza dan Danial Ashraff (kiri) bersama Siti Nur Zulaikha dalam program Aqdun Mubarak anjuran JAIS di Masjid Puncak Alam.

Program majlis perkahwinan beramai-ramai anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu membabitkan penyertaan pasangan pengantin dari tiga daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Klang.

Ramai menyokong program ini kerana bagus untuk golongan yang kurang berkemampuan terutama sekali anak muda. Dsripada mereka berIagak mempamerkan majlis perkahwinan sehingga sanggup berhutang menyusahkan diri dan keluarga, lebih baik mereka membuat majlis secara sederhana sebegini.

Sementara itu, bagi pasangan muda, Danial Ashraff Mohd Sabri, 22, dan Siti Nur Zulaikha Zefri, 20, majlis perkahwinan beramai-ramai yang dianjurkan adalah platform baik bagi mereka yang belum berkemampuan.

Menurut Danial, dia dan isteri baru saja bekerja dan masih mengumpul wang untuk mengadakan belanja kahwin namun semuanya umpama dipermudahkan apabila terdapat kenalan memaklumkan mengenai majlis perkahwinan beramai-ramai itu.

“Saya dan isteri berkenalan dua tahun lalu dan membuat keputusan untuk bernikah bagi mengelak fittnah memandangkan kami sering berjumpa.

“Kedua-dua keluarga juga sangat menyokong keputusan kami dan niat saya memperisterikan Siti Nur Zulaikha dipermudahkan,” katanya.

Program kahwin beramai-ramai itu dapat membantu pasangan mendirikan rumah tangga tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan bessar hingga membebbankan mereka.

Setiap pasangan hanya perlu membayar RM1,000 kepada JAIS dan semua kelengkapan seperti pakaian termasuk jamuan untuk ahli keluarga disediakan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Harianmetro