Aaron Aziz Kenakan Syarat Sebelum Menerima ‘Watak Lembut’

PELAKON Datuk Aaron Aziz enggan menerima mana-mana tawaran produksi sekiranya diminta melakonkan watak lelaki lembut.

Menurut Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 43, watak sedemikian mungkin akan memberi tekanan kepadanya.

“Saya tak fikir sebegitu… saya belum berani ke tahap itu. Watak seperti itu mungkin akan membuatkan saya rasa tertekan.

“Saya bukan tak suka, cuma saya rasa saya tak boleh lakonkan watak itu.

“Ia bukan watak yang saya idam-idamkan selama ini,” ujarnya.

Aaron ditemui pada sidang media All Stars Buka Panggung yang berlangsung di Royal Teater Shah Alam baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Aaron, dia sebaliknya akan mempertimbangkan tawaran melakonkan watak itu atas beberapa syarat termasuk meneliti jalan penceritaan dalam sesebuah drama atau filem.

“Kalau jalan ceritanya bagus, membawa makna yang mendalam kepada masyarakat atau ia adalah berlandaskan kisah sebenar, mungkin saya akan mempertimbangkan ia.

“Tapi kalau setakat skrip bodoh-bodoh, apa benda ni? Saya takkan terima,” ujarnya.

Dalam pada itu, aktor filem Ombak Rindu ini mengakui menggalas watak lelaki lembut yang terpaksa dibawanya ketika persembahan All Stars Buka Panggung tempoh lalu adalah sesuatu yang sukar kerana amat bertentangan dengan sifat peribadinya.

Tapi kalau setakat skrip bodoh-bodoh saya takkan terima.

DATUK AARON AZIZ

Pelakon

“Sejujurnya saya tak bersedia untuk menyertai program sebegini.

“Tetapi selepas pihak produksi menjelaskan secara terperinci konsep program, saya bersetuju.

“Tambahan pula saya turut ditemani beberapa pelakon tambahan yang sama-sama di atas pentas untuk menghidupkan watak berkenaan,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: mStar