Selepas sorakan penuh emosi ketika menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia menentang Indonesia pada Khamis lalu, peminat cilik ini mengalami debaran yang berbeza.
Menerusi laman Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Omar Saiful Razman mendapat kejutan apabila berpeluang untuk bertemu dengan Sumareh dan beberapa pemain skuad Harimau Malaya.
Akhirnya dapat berjumpa!
Pertemuan itu juga untuk memberi tiket kepada kanak-kanak berusia lapan tahun itu bagi menyaksikan perlawanan Harimau Malaya menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa ini.
Selain dapat bersalaman dan berbual dengan Sumareh, Omar juga kelihatan berjumpa penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias.
Tahniah FAM!
Rezeki kau dik!
Kami tumpang gembira!
Terdahulu, pelakon Nadiya Nisaa berkongsi mengenai anaknya itu sehingga tular di laman media sosial ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Khamis lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
Sumber : FAM