“‘Demam’ Drama Sweet Dreams Belum Berakhir,” Par0di Kreatif Remaja Ini Buat Ramai Terhibur

Biarpun sudah hampir seminggu drama ‘Sweet Dreams’ lakonan utama oleh Mira Filzah dan Ben Amir berakhir, namun nampaknya masih ada yang belum move on dengannya.

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu parodi montaj drama Sweet Dreams. Parodi yang dilakukan oleh dua remaja itu hanya berdurasi 20 saat namun mampu mencuit hati netizen.

Video itu raih lebih dari 274,000 tontonan dan 25,500 retweets serta 18,900 likes.

Korang tonton sendiri lakonan dua remaja ini yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter Hidayah seperti berikut:

Memang boleh buat berdekah! Menurut Hidayah, babak lelaki pegang pokok kelapa itu bukanlah melakonkan watak Ben Amir yang memegang payung. Namun ia sememangnya adalah pokok kelapa yang ‘bergerak’.

Rata-rata netizen terhibur dengan parodi mereka ini dan meninggalkan komen seperti berikut:

“Boleh eh dia buat muka serious macam tu…”

“Aduh dekah la”

Rajin betul mereka ini buat parodi. Terbaru, siap ada parodi yang lebih panjang dengan judul ‘Sawit Dream’ serta menggunakan lagu latar berjudul Ilusi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Himpunan Cerita Lawak