“Doktor SangkaI Pr0duk ‘Sapu2 Terus Kurus’” Artis Boleh Kurangkan Nafsv Makan

Sejak kebelakangan ini, para selebriti dan juga artis dilihat berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk sendiri bagi menambah pendapatan.

Peluang yang terhidang itu kerap kali digunakan sebaiknya untuk mempromosikan produk mereka kepada para peminat.

Produk baru selebriti

Baru-baru ini, seorang selebriti terkenal telah melancarkan produk baru keluarannya  Cakenis Petite Oil  iaitu minyak pati yang boleh membantu menguruskan seseorang dengan hanya menyapunya di beberapa bahagian anggota badan.

Sapu dekat kulit boleh hilangkan nafsu makan?

Selebriti tersebut juga telah memuat naik produk terbarunya di Instagram dan menjelaskan mengenai kebaikkan penggunaan minyak pati tersebut. Hal itu telah mendapat pebagai maklum balas daripada netizen di medium-medium media sosial.

Menerusi Twitter, seorang pengguna telah menyuarakan rasa kurang yakin dengan produk itu kerana dilihat agak meragukan. Oleh hal demikian, banyak pihak telah tampil menyuarakan pendapat yang sama dengan pengguna tersebut.

Tak ada kena mengena minyak pati dengan kurus

Persoalan itu telah mendapat perhatian seorang doktor apabila dia tidak dapat mengenalpasti bahan-bahan yang digunakan dalam membuat minyak pati tersebut.

Doktor yang dikenali sebagai Dr. Aen memberitahu juga bahawa tiada penerangan khusus mengenai keberkesanan produk tersebut.

Bila dah terpengaruh…

Sehubungan dengan itu, ramai pengguna Twitter turut mempertikaikan pengeluaran produkCakenis Petite Oil kerana berasa kurang yakin dengan kaedah dan keberkesanan produk tersebut.

Puasa jela kan senang

Tak jadi apa pun

Study elok2 dulu baru jual

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Elissa Irhamy, Dr. Aen