“Takde la video sp0ntan lepas ni..” Asif masuk askar

Sejak kebelakangan ini, gelagat remaja istimewa Asif cukup menghiburkan selepas drama pendek lakonannya menjadi fenomena di laman media sosial.

Asif atau nama penuhnya Mohd Asyiff Suhaimi mula menjadi tumpuan ramai setelah sepupunya Syahmi Sazli yang juga ‘Youtubers’ terkenal menghasilkan drama spontan tersebut.

Terbaru menerusi laman Instagram, Syahmi berkongsi sekeping gambar ‘Asif’ yang kelihatan memakai pakaian seragam dengan berkhidmat sebagai askar.

 

View this post on Instagram

 

Ramai tny knp asif jarang ada dgn mi.. Ni sbb nya☝️

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli) on

“Ramai tanya kenapa Asif jarang ada dengan Syahmi.. Ni sebabnya,” tulisnya menerusi posting malam tadi.

Rupa-rupanya abang askar tersebut hanya pelanduk dua serupa yang ternyata mirip dengan Asif walaupun setelah dipandang berkali-kali.

Rata-rata meluahkan rasa terhibur dengan posting berkenaan dan mengakui Asif kelihatan seiras bak pasangan kembar kepada abang askar itu.

Serupa sebijik!

Macam mana nak buat video nanti?

Sama betul wehhh!

Asif pada masa depan ni!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Syahmi Sazli