“Tuntutan Cerrai Dit0lak,” Air Mata Noor Nabila Gugvr

Air mata Noor Nabila Mohd Noor gugur ketika memberikan kenyataan di Mahk4mah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebentar tadi apabila kes tuntutan percerraian ditolak suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad.

Berikutan penolakan itu, Hakim Syarie Tuan Ahmad Muttaqi Ismail memutuskan supaya kedua-duanya hadir semula ke mahk4mah pada 30 September ini untuk perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Menurut Nabila, dia masih tidak boleh memberikan sebarang kenyataan, namun fokusnya kini hanyalah untuk membesarkan anaknya, Jebat Jayden.

“Saya nak fokus pada Jebat dan beri dia kasih sayang. Saya minta doakan baik-baik saja,” katanya dengan nada sebak.

Sementara itu, Sharnaaz yang kelihatan agak tenang menjelaskan dia hanya mahu mencari pendamaian dan penyelesaian yang baik.

“Reda atau tidak, kita ada mahk4mah. Kalau mahk4mah perintah JKP kita akan cuba. Kita tengok apa kata JKP punya penyelesaian,” katanya.

Terdahulu ketika prosiding di Mahk4mah Syariah Kuala Lumpur, peguam Sharnaaz, Akhbar Din Abdul Kader memberitahu mahk4mah bahawa anak guamnya tidak bersetuju dengan tuntutan percerraian difailkan Nabila.

Bagaimanapun, peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Nabila memberitahu bahawa ketika proses perbincangan, Sharnaaz bersetuju dengan tuntutan cerrai yang difailkan pada 27 Ogos lalu.

Menerusi permohonan cerrai itu, Nabila berkata, dia dan Sharnaaz sudah tinggal berasingan sejak Februari lalu susulan tiada persefahaman.

Nabila kemudian menfailkan permohonan cerrai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod, kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila Nabila berkongsi foto dipercayai diambil di kompleks Mahk4mah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Perkara itu membangkitkan pelbagai spekulasi dan ada yang mendakwa Nabila memfailkan percerraian terhadap suaminya.

Malah, Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.

Untuk rekod, Sharnaaz, 34, dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Gempak