VIDEO “Belum Nak Berpisah,” Sharnaaz Ahmad T0lak Tvntutan Noor Nabila

Kemelut rumah tangga pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dengan isterinya Noor Nabila dilihat semakin meruncing apabila mereka tiba di mahkamah pagi tadi bagi menyelesaikan kes penceraian antara mereka.

Sharnaaz-Nabila tiba di mahkamah

Sharnaaz dan Nabila dilaporkan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi dan sudah memasuki mahkamah bagi mendengarkan sebutan kes.

Menerusi lintas langsung oleh Berita Harian, pasangan tersebut telah tiba secara berasingan dan masing-masing memakai pakaian serba hitam dan berjalan dengan tenang.

Tolak tuntutan lafaz cerrai

Namun begitu, menurut Sharnaaz selepas keluar daripada Mahkamah, Sharnaaz telah memberi keterangan bahawa belum bersetuju untuk melafazkan cerai pada hari ini.

Tambahnya, dia hanya mahu mengikut prosiding mahkamah dengan beberapa proses bagi memberi ruang untuk kedua-dua pihak berbincang.

Nabila pula kelihatan sedikit sebak semasa ditemuramah dan belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan kepada media. Dia hanya berkata ingin memberi fokus kepada anak mereka iaitu Jebat Jayden Ahmad dan mengikut prosiding mahkamah seterusnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Berita Harian