“Cikgu halalkan segala ilmu..” NukiIan Hati Cikgu Lilah, Guru Arwh Mejar Zahir Ini Buat Ramai Sebak

“Kesedihan yang kita kongsikan bersama, tanpa mengira kenalan atau tidak. Semoga arwh mendapat tempat yang baik baik di sana.

“Terima kasih Zahir, masa hayat mu berk0rban demi kesejahteraan negara, keselamatan cikgu juga seluruh rakyat Malaysia.

“Cikgu tak mampu membalas jasa mu Zahir, begitu bermakna dan mahal untuk ditebus dengan kata kata. Hanya doa dari kami yang masih di sini buat mu di sana.

“Juga doa pada anak anak kamu yang masih keciI, semoga sekuwat, segagah, sebaik kamu menjadi pewaris perwira hati ku.. mohon pelihara mereka Ya Tuhan ku.. jadikan mereka zuriat yang soleh dan solehah. .. penghubung talian doa di dunia sampai akhirat. Aamiin.

Demikian luahan pilu seorang guru buat bekas pelajarnya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, yang menghembuskan nafas terakhir, selepas terkena temb4kan semasa dem0nstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut mantan Pengetua SMK Gombak Setia, Norlilah Ismail, Allahyarham seorang yang baik, peramah, mudah dengar nasihat dan ringan tuIang.

Malah, seluruh warga pendidik sangat menyenangi dan maklum akan cita-cita arwh untuk menjadi seorang anggota tentera yang berjaya. Kegigihan dan usahanya itu juga, membolehkan dirinya tersenarai di antara komand0 terbaik Asia.

Puisi nukilan Cikgu Lilah buat Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya

Perwiraku..

Dahulu kamu anak didik ku Mesra dan mudah membantu

Kenangan yang baik datang bertamu

Bercerita ini dan itu. Bagai dahagakan kasih seorang ibu

Perwiraku,

Kisah keberanian mu, Kecekapan mu

Ketepatan tangan mu memacv, Mvsuh akan pucat terpakku

Gentar dengan Iedakan peIuru mu

Walau Dicamppak dari awan biru

Tidak goyah semangat padu

Lumpur dan paya tidak menghalang kamu

Wajah tenang dan senyum terus di situ

Kisah kamu

Adalah irama merdu

Di hati seorang bekas guru

Hari ini Allah memanggil kamu

Guggur dalam tugas terakhir

Dan kamu mengundur kembali ke alam abadi tidak kembali

Perwiraku

Cikgu halalkan segala ilmu

Tenaga dan setiap detik bersama kamu

Terbaik di sana doa dari ku

Mohon maaf

Jika ada kepincangan dalam pengajaran,

Kurang memberi perhatian

Kerana cikgu juga seorang insan

Allahyarham Mejar Mohd Zahir Bin Armaya

Tercatat nama indah perwira negara

Berehatlah anakanda

Sementara kami menyusul pula

Ikhlas: Norlilah

Puisi yang ditulis Cikgu Lilah itu lantas mendapat respon dari rakan-rakan yang mengenali beliau dan juga Allahyarham Mejar Mohd Zahir.

Rata-rata tidak dapat menahan rasa sebak dan terkesan dengan nurkilan Cikgu Lilah itu yang menyentuh perasaan semua.

“Innalillahi wainna ilaihi roji’uun.Walau tk mengajar (sbb dia kelas perdagangan kalau x silap) ingat sgt dia sbb klu dia masuk bilik guru atau lalu,cikgu2 selalu sebut kebaikannya. Budak kadet & nasyid juga kan…cikgu2 ramai kenal.Moga Allah mengampunkn segala dosa2nya dan digolongkn rohnya di klgn hamba2Nya yg soleh.Aamiin..”

Dalam pada itu, seorang rakan baik Allahyarham iaitu Sabran Jamil Ab Razak turut berkongsi luahan beliau dalam hantaran di Facebook.

“Salam t4kziah buatmu , Mejar Zahir Armaya (Mat Fury)..

“Kenangan sama-sama wakil sekolah dalam pasukan nasyid, team olahraga yang sentiasa positif.. semoga dikau tenang di sana, alfatihah

“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kemattiannya, lapangkanlah kubburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya, semoga apa yang dilaksanakan olehnya menjadi amal jariah untuknya.. Aamiin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Cikgu Lilah via celoteh saje