“Mereka Kata Saya Tak Layak Pakai” Isteri PU Abu Buka Purdah, Kena ‘Push’ Dengan Netizen Hari Hari

Masih ingat dengan Hana Azraa? Ya, isteri pendakwah PU Abu Sufyan yang pernah menjadi kontroversi tak lama dulu. Bagi yang mengikuti perkembangan mereka, mesti perasan penampilan Hana yang berpurdah.

Namun, Hana tidak lagi mengenakan purdah dan ramai netizen yang tertanya-tanya dan mempersoalkan keikhlasan dia pakai sebelum ni.

Kata Hana, sebenarnya kecaman dan kata-kata dari netizen kepadanya adalah salah satu punca dia membuat keputusan untuk tidak mengenakan imej berpurdah lagi.

Sebenarnya saya jadi terganggu apabila diasak orang luar yang hari-hari minta saya buka purdah, mereka kata saya tak layak pakai.”

Tapi sejujurnya walaupun purdah itu bukan satu kewajipan dalam Islam, tapi saya memang betul betul ikhlas memakainya.”

Ramai netizen yang mempertikaikan tindakan Hana dan berkata selama ini dia hanya berpura-pura memakai purdah apatah lagi dengan statusnya sebagai isteri kepada pendakwah.

Saya berpurdah bukan kerana manusia tetapi kerana Allah dan diri sendiri. Saya baru lagi belajar, masih mentah dan lemah dalam bab bab ni.”

Saya harap semua orang boleh doakan saya agar sentiasa sabar dan terus istiqamah dalam menjaga diri serta penampilan.”

Tapi, dia tetap berterima kasih dan hargai terguran daripada netizen tak kira positif mahupun negatif walaupun mereka tak kenal dirinya secara lebih dekat.

Saya nak minta maaf secara terbuka kepada semua yang menyedari tentang isu ini. Agak hebat juga maklum balas yang saya terima. Baik dan buruk.”

Saya dapat macam macam komen terutama melalui DM di Instagram. Terima kasih kepada yang mendoakan dan menasihati saya.”

Siapalah kita untuk menilai orang lain. Cakap yang baik baik, doa yang baik baik…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Lobak Merah