“Patik Bersedia Menghadap Untuk Memohon Maaf.” Individu Hlna Raja Permaisuri Ag0ng Tampil Mohon Maaf

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Mungkin itu pepatah paling tepat menggambarkan situasi dialami individu yang dikatakan biadap terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sehingga menutup akaun Twitter.

Atas desakan netizen, individu dikenali sebagai Firdaus Asraf akhirnya membuat permohonan maaf di Twitter.

Menerusi posting di laman tersebut Firdaus menulis warkah menyatakan kekesalan dirinya.

Menurutnya, dia hanyalah seorang rakyat biasa yang telah derhaka terhadap Raja serta kerabat-kerabatnya.

“Patik dengan ini merendah diri memohon segala keampunan daripada  Tuanku Permaisuri Agong.

“Seandainya  Tuanku Permaisuri Agong membaca warkah ini, patik memohon segala keampunan dan patik bersedia untuk menghadap untuk memohon ampun,” katanya.

Anda boleh lihat posting Firdaus di bawah.

https://twitter.com/frdsasrf/status/1172075239020195841

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen mengharapkan supaya kejadian ini menjadi iktibar buat semua pengguna sosial media.

Sementara itu menerusi laporan Astro Awani, polis sedang mengesan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed, laporan tersebut menyebut kes penghinaan itu berlaku di laman media sosial Twitter.

“Pihak polis menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

“Siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Terdahulu, akaun Twitter rasmi milik Tuanku Permaisuri Agong tidak ditemui dan kelihatan seperti telah dinyahaktif.

Ketiadaan akaun media sosial Tuanku itu telah menjadi bahan bualan ramai netizen yang turut menyatakan rasa sedih mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Gempak