“Raja Permaisuri Ag0ng Please C0meback” Netizen Risau Lihat Tunku Azizah Svgul Semasa Majlis Istiiadat Pagi Tadi

Rasanya ramai dah tahu kan yang Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah deactivate akaun Twitternya gara-gara telah dibuli siber oleh beberapa netizen yang tidak bertanggungjawab.

Susulan daripada insiden itu, ramai di kalangan netizen bersedih dengan apa yang berlaku dan mereka juga perasan bahawa Raja Permaisuri Agong sendiri kelihatan sugul ketika majlis istiadat bersama Yang di-Pertuan Agong pagi ini. 

“Tak ceria macam selalu….” 

Menerusi satu posting yang viral di Twitter, netizen ini sempat berkongsi gambar Tunku Azizah dari Siaran Langsung TV1 sempena Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.

Patah hati admin melihat wajah tuanku yang kelihatan agak sugul dan tak ceria macam selalu. Tunku Azizah hanya nampak menunduk dan tak tersenyum macam biasa. Alahai…

“No no no no! Please smile our dearest RPA… We love you!” 

Rata-rata netizen yang melihat gambar tersebut rasa sedih dan mahu Raja Permaisuri Agong kembali ceria macam dulu. Malah ada yang siapa bertanya, seronok ke dapat buat Tunku Azizah sedih macam tu? Haish korang ni… geram betul min tau! 

Netizen cuba pujuk Raja Permaisuri Agong dengan hashtag #AmpunTuanku 

Demi memujuk dan cuba mengembalikan Raja Permaisuri Agong ke Twitter semula, netizen telah melancarkan kempen hashtag #AmpunTuanku.

Ramai di kalangan netizen telah memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada Tunku Azizah menggunakan hashtag tersebut. Berikut antaranya:

https://twitter.com/iKON__BOBBYYY/status/1171938035396513793

Semoga tuanku kembali ceria seperti dulu. Patik dan netizen lain akan menanti tweet-tweet lucu dari tuanku di Twitter nanti ya! Love you #PermaisuriKita!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Lobak Merah