Hebat Betul Aksi Budak Ini Letak ‘Kereta’ Di Ruang Sempit

Pernah tak korang alami ketika di ruang letak kereta ada kenderaan cuma masuk di petak yang disediakan tapi asyiklah undur masuk, keluar balik betulkan kedudukan? Agak mengjekelkan juga rasanya.

Sewaktu proses mengambil lesen pasti ada bahagian ujian cara masuk ke petak letak kenderaan bukan? Tapi ada yang bila sudah lulus dan dapat lesen, gagal untuk meletakkan kenderaan dengan betul.

Tapi berbeza pula dengan kanak-kanak lelaki ini yang memandu kereta mainannya sendiri. Aksinya meletakkan kereta di ruang yang sempit sangat hebat sehingga videonya itu tular di sosial media!

Manakan tidak lagaknya sangat bersahaja dan sangat nampak senang dia meletakkan kenderaan di ruang yang ‘sekakang kera’ itu.

Lihat aksinya dalam video di bawah:

Ini rasanya kalau orang dewasa yang memandu kenderaan sebenar pun belum tentu lagi boleh buat macam budak ini.

Video ini telah raih lebih dari 1.6 juta tontonan dan 31,800 retweets serta hampir 67,000 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi kagum dan memuji kemahiran memandu kanak-kanak ini biarpun hanya menggunakan kereta mainan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Siyabangena_ via HCL