“Tak Nak Ayah Jenguk,” Gadis Imbau Kisah Jumpa Bapa Lepas Dah Dikaffan

Setiap orang sudah pasti mempunyai kisah yang sedih dan menyayat hati tersendiri. Lagi-lagi berkaitan kehilangan orang tersayang yang sememangnya meninggalkan kesan mendalam.

Ayah nak sangat jumpa

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter, dia telah menceritakan bagaimana ralatnya dia tidak mengendahkan kemahuan bapanya ingin bertemu semasa berada dalam satu kursus.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Nurien Azizuddin itu berkongsi kisah apabila mebalas satu posting yang dibuat oleh pengguna lain yang meminta warganet untuk menceritakan pengalaman patah hati mereka.

“Betul tak nak jumpa ayah?”

Menerusi Tweet tersebut, Nurien memberitahu bahawa ayahnya menelefon dan bertanyakan sama ada mahu berjumpa atau pun tidak memandangkan mereka berada di suatu kawasan yang berdekatan.

Namun Nurien menolak kerana tidak mahu menyusahkan ayahnya yang perlu berpatah balik untuk bertemu dengannya di kawasan Rawat dan Rehat lebuhraya.

Rupanya tu panggilan telefon terakhir dari ayah

Namun, selepas ditolak berkali-kali, bapanya akur dan meneruskan perjalanan tanpa bertemu dengan anak perempuannya. Rupa-rupanya, itu adalah panggilan terakhir daripada seorang ayah apabila selang beberapa hari dia diserang strok.

Jumpa juga tapi dalam keadaan berkafan

Lebih memilukan, ayah Nurien melarang keluarga mereka memberitahu keadaan dirinya kerana bimbang anak perempuannya tidak fokus dalam pembelajaran.

Akhirnya, Nurien tetap bertemu bapanya tetapi dalam keadaan yang sangat berbeza kerana sudah ditutupi dengan kain kapan dan sudah terbujur kaku.

“Tak boleh bayang apa yang u rasa…”

Perkongsian yang sangat menyentuh hati itu telah membuatkan warganet turut tumpang simpati diatas pemergian bapanya. Posting tersebut mendapat ribuan kicauan semula di Twitter sejak beberapa hari yang lalu.

Semoga Nurien terus tabah meneruskan kehidupan dan bapanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : NurienAzizuddin