“Netizen Baru Nak Gembira Tunku Azizah Kembali Ke Twitter,” Akaun @cheminahsayang Ditutup Lagi

Selepas isu penutupan akaun Twitter Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah yang didakwa dinyahaktifkan kerana terdapat beberapa komen negatif terhadap baginda.

Sehinggakan, ada dalam kalangan netizen bertindak membuat laporan polis terhadap individu yang telah melemparkan kecaman terhadap baginda.

Tunku Azizah tutup semula akaun Twitter

Lantas, baginda membuka semula akaun Twitter, bagi memaklumkan kekecewaanya terhadap apa yang telah berlaku, kerana dikhabarkan individu yang didakwa mengkritik baginda kini sudah ditahan pihak polis.

Namun, netizen hanya sempat beberapa jam berasa gembira dengan kepulangan baginda ke laman Twitter kerana setelah itu Tunku Azizah dengan menggunakan nama akaun Cheminahsayang, telah menutup semula akaunya.

Difahamkan setelah isu tersebut mula bertambah serius, individu yang mengecam baginda permaisuri telah pun membuat permohonan maaf.

Justeru, mungkin netizen sudah boleh bertenang kerana perkara ini tidak disukai baginda permaisuri, penutupan akuan baginda adalah hak baginda dan kita perlu menghormati privasinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Harian Metro