“Mana Boleh Review Benda Tu Tak Sedap, Kena Tunjuk Benda Tu Sedap” Kata Jihan Kepada Nabila Huda

Bila dah berkumpul bersama rakan-rakan terutama sekali yang rapat dengan kita, perangai kita pun boleh jadi ‘gila-gila’ untuk meriahkan keadaan. Sama juga dengan artis-artis tempatan kita, mereka seperti kita juga yang mempunyai sifat-sifat sporting apabila dapat berkumpul dan bercuti bersama rakan karib. Baru-baru ini, Nabila Huda dan rakan-rakan artis lain telah bercuti di Bali sekaligus mempromosikan ‘thebeachproject.my’.

Di laman instagram Nabila, beliau telah berkongsi momen gelak tawa beliau bersama rakan-rakan karibnya iaitu Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah, Jihan Musa dan ramai lagi. Terdapat 1 momen mereka semua sedang memberi review akan satu pr0duk jamu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Kelihatan di dalam video kongsian Nabila Huda itu, beliau ingin tahu akan perisa jamu tersebut. Beliau tidak menyangka bahawa rasanya agak kurang sedap dan beliau telah tertunjuk reaksi muka yang paling spontan dan kelakar sekali selepas meminum jamu itu.

Lalu Jihan menegurnya untuk tidak menunjukkan reaksi begitu kerana khuatir tiada siapa yang mahu membelinya. Tetapi Nabila berseloroh dengan mengatakan dia tidak biasa meminum jamu sebab itu dia tidak sengaja memberikan reaksi spontan itu.

Tetapi Sharifah Sakinah mengatakan bahawa rasa jamu itu begitu kerana jamu itu menggunakan bahan-bahan asli dan bukan t1ruan. Sakinah berkata lagi jika ianya t1ruan rasa jamu itu akan ada pelbagai jenis perisa.

Pelbagai komen dari netizen mengatakan bahawa mereka sangat kelakar lebih-lebih kerenah Nabila Huda.

Apa-apapun, bergembira yaa semua. Moga selamat pulang ke tanahair nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram @kupu_kupu