“Amyra Rosli Tenang Hamil,” Suami Sedia Pembantu Peribadi

Pertama kali menjalani pengambaran ketika hamil, Amyra Rosly bersyukur tidak mengalami sebarang alahan mahupun perkara tidak diingini. Malah kata Amyra, suami juga mengambil inisiatif menyediakan seorang pembantu peribadi buatnya.

“Bagi saya selagi tak cuba kita tak rasa pengalaman pahit manis apabila menjalani penggambaran ketika hamil. Jika kehamilan pertama dulu saya berehat hampir setahun dan tidak menerima sebarang tawaran”

“Cabaran utama yang perlu saya hadapi cuma perlu mencari pakaian bersesuaian dengan keadaan diri. Semakin hari perut makin membesar dan saya perlu mencari baju yang menutup bahagian perut. Selebihnya semua berjalan baik”

“Kehadiran Amar juga menyenangkan kerana kali ini dia mendapatkan saya seorang pembantu peribadi. Amar akan risau jika saya penat atau tidak sedap badan. Dia akan pastikan saya berada dalam keadaan yang selamat dan tidak tertekan,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Amyra, kehadiran Amar Baharin juga sebagai pelakon utama dalam drama terbabit turut membantunya kerana beliau memantau dirinya agar sentiasa dalam keadaan yang baik ketika menjalani pengambaran.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Rotikaya