“Bertahun-Tahun Pakai Hijab,” Zarina Anjoulie Kembali Ke ‘Fitrah’ Asal

Tindakan pelakon Zarina Anjoulie memuat naik beberapa video di Instagram Story (IG Story) miliknya mengundang perhatian dan pelbagai reaksi netizen.

Paparan skrin rakaman IG Story itu tular di laman Twitter yang memaparkan Zarina, atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul tampil berpakaian s3ksi sehingga terdedah bahagian tubuh badannya.

Paparan tersebut diulang kicau sebanyak 2,200 kali dan menerima 2,400 tanda suka serta pelbagai komen warganet yang rata-rata mengakui penampilan Zarina sememangnya begitu sejak dari dulu lagi.

Namun terdapat segelintir netizen menyeru agar mendoakan yang terbaik buat ibu tunggal kepada Awangku Gabriel Martin Ezra itu supaya berubah suatu hari nanti.

https://twitter.com/S4DQUEEN/status/1173486603685097472

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Whoaluv , S4DQUEEN