“Dapat Menantu Baru,” Bapa Bagi Jent0lak Tvrap Jalan Sebagai Hadiah Perkahwinan

Kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak sememangnya tidak terhingga. Tidak kisahlah sama ada anak tersebut masih kecil ataupun sudah berumahtangga.

Bagi menggembirakan hati anak serta menantu yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, seorang bapa telah berpakat bersama isterinya untuk menghadiahkah sebuah jentolak penurap jalan bernilai RM180,000 sebagai hadiah perkahwinan mereka.

Bersanding atas jentolak

Mohd Amirul Malek, 24 beserta isteri telah menerima kejutan daripada bapanya ketika majlis sambut menantu apabila diarak menaiki jentolak semasa majlis persandingan.

Menerusi Harian Metro, Amirul serta isteri tidak menyangka bahawa kejutan yang dilakukan oleh bapanya sangat luar biasa memandangkan dia langsung tidak tahu akan diberikan jentolak tersebut.

Sebagai tanda penyerahan tanggungjawab

Manakala menurut bapa Amirul dikenali sebagai  Malek Sawin, 58 menjelaskan bahawa hadiah tersebut bukanlah untuk tujuan riak ataupun menunjuk-nunjuk, tetapi sebagai satu tanda penyerahan tanggungjawab terhadap perniagaan yang diusahakan oleh mereka sekeluarga.

Semoga berkekalan hingga ke Jannah

Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook sumber, rata-rata warganet berasa kagum dan memuji tindakan ibu dan bapa pengantin yang cukup sporting menghadiahkan jentolak sebagai sesuatu yang akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Mereka juga sempat mengucapkan selamat pengantin baru dan mendoakan agar mereka berbahagia hingga ke Jannah.

Selamat pengantin baru

Ibu bapa yang hebat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Harian MetroMohd Amirul Malek