“Siapa2 Nampak Pakcik Dan Makcik Ni Tolong La..” Minyak Hitam B0cor

Memang sebak dan tersentuh hati setiap kali melihat kesusahan warga emas yang berada dalam keadaan serba daif untuk meneruskan kehidupan mereka.

Terbaru, sepasang warga emas berhadapan dengan dugaan apabila motosikal dibonceng ‘mati’ ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lipis, Pahang.

Ikuti perkongsian oleh seorang pengguna laman Facebook, Mohd Syafiq Amiruddin yang memuat naik posting mengenai pasangan warga emas tersebut.

Pakcik dan makcik ni nak ke Kuala Lipis dari Temerloh katanya.. Berhenti dekat Bukit Genting, Jerantut. Kata dia, motor dia berat tak boleh berjalan di hadapan kedai saya.

Saya cuba tengok2 kan rupanya minyak hitam kering. Saya cuba bantu dia dengan isi minyak hitam satu liter yang murah.

Katanya jauh lagi nak ke Kuala Lipis, motor lampu depan belakang takde. Sedih gila aku tak dapat nak tolong lebih lagi.

Mintak semua rakan sahabat jika terlihat pakcik ni tolong dia isikan minyak hitam yang baru… Minyak hitam dia bocor tu..

Aku harap pakcik & makcik ni selamat sampai sana. Dia cakap kalau dia tak sampai, dia akan tidur tepi jalan.

Aku harap ada orang tolong pakcik ni. Umur pakcik & makcik ni dalam 70an & 60an macam tu. Harap ada rakan sahabat2 kita nanti tolong pakcik ni.. Amin.

Macam mana la naik bukit curam dengan keadaan motor tu

Semoga dipermudahkan!

Selalu nampak berniaga kat pasar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Mohd Syafiq Amiruddin