“Lepaskanlah Secara Budiman” Lufya Rayu Svami Jadi Lelaki Bertanggungjawab, Mengaku Tak Terima Mesej Cerrai

KONFLIK rumah tangga Lufya menjadi semakin rumit apabila pelakon itu berkata dia tidak menerima sebarang mesej perceraiaan daripada suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Pengakuan itu sekaligus menolak kenyataan pengamal perubatan itu yang memaklumkan kepada media bahawa dia sudah mencerraikan Lufya menerusi mesej di aplikasi WhatsApp sejak minggu lalu.

Bagaimanapun menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, dia reda sekiranya perpisahan menjadi penyelesaian terakhir buat mereka.’

“Sebenarnya saya tak terima sebarang surat atau dokumen berkaitan cerrai dan tiada lafaz cerrai melalui WhatsApp seperti yang didakwanya.

Lufya pernah memaklumkan dia tidak bahagia dengan perkahwinannya bersama Dr Che Hafiz.

“Saya masih menunggu dia memfailkan perceraian kami secara sah,” kata Lufya kepada mStar.

Tegas Lufya, dia berharap agar Dr Che Hafiz, 29, tampil menyelesaikan isu rumah tangga mereka secara profesional mengikut undang-undang.

“Bagi saya kalau benar inginkan jalan penyelesaian ini, cerraikanlah secara budiman melalui cara yang betul,” kata Lufya lagi.

Lufya tampil mengulas mengenai kenyataan Dr Che Hafiz yang memberitahu dia bukan lagi suami kepada aktres itu kerana sudah membuat lafaz cerai melalui WhatsApp pada minggu lalu.

Menurut Dr Che Hafiz, dia enggan mendedahkan punca perpisahan itu memandangkan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum selain perlu menjaga hati banyak pihak.

Pasangan ini mempunyai seorang anak bernama Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

Kontroversi rumah tangga pasangan ini menjadi bualan hangat netizen apabila Lufya mendedahkan sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga di laman Instagram pada Jumaat lalu.

Lufya juga mendakkwa suaminya itu telah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.

Perkongsian itu dibuat berikutan sudah tidak mampu menahan perasaan kecewa terhadap suaminya yang mengabaikan haknya sebagai seorang isteri selepas tiga bulan berkahwin.

Bagaimanapun Lufya mengambil keputusan memadam perkongsiannya itu bagi mengelakkan fittnah berpanjangan terhadap mereka berdua.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: mStar