“Peroleh Lakaran Wajah Sempena Ulang Tahun Ke-24,” Tengku Hassanal Ucap Terima Kasih

Figura bernama Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan Pemangku Raja Pahang setelah ayahandanya KDYMM Al- Sultan Abdullah dan bondanya Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diangkat mejadi Agong serta Raja Permaisuri Agong yang ke-16 pada tahun ini.

Berwajah tampan dan segak seperti ayahandanya, Tengku Hassanal merupakan putera sulung pasangan diraja tersebut. Sikap mesra terhadap rakyat ayahanda dan bondanya juga tumpah kepada Tengku Hassanal yang begitu dekat dengan penduduk Pahang.

Genap 24 tahun

Hari ini bersamaan 17 September, merupakan hari lahir baginda Tengku Hassanal yang ke-24 dan baginda tidak henti-henti dihujani ucapan selamat hari lahir.

Namun begitu, menerusi Instagram baginda, beberapa karikatur wajah Tengku Hassanal telah berjaya memikat hati baginda dan dimuat naik ke laman sosial tersebut.

Selamat ulang tahun Tengku

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Pemangku Raja Pahang yang murah dengan senyuman itu. Mereka turut mendoakan agar baginda terus memperoleh kesejateraan dan dipermudahkan segala urusan akan datang.

Semoga dirahmati Tuhan

Terima kasih semua

Menerusi IG Story, baginda telah mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang menyampaikan ucapan kepada baginda. Semoga baginda serta seluruh kerabat negeri Pahang dilindungi oleh Allah S.W.T.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : this.7

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.