“Ramai Kata Idzham Ismail Acah ‘Happy’ Dengan Isteri,” Ini Jawapan Tuan Punya Badan.

Sering dituduh berpura-pura bahagia dengan isteri, pelakon Idzham Ismail tampil memberi penjelasan menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.

Kata pelakon filem Juvana itu lagi, dia ada menerima mesej peribadi daripada individu menggunakan akaun palsu yang mendakwa dirinya berpura-pura bahagia bersama isteri.

Menerusi sebuah posting Idzham berkata, dia berkongsi mengenai perkara tersebut secara terbuka di IG kerana mahu memberi inspirasi kepada orang lain.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah. Focus apa yang kita nak. Negativity tu abaikan je. Takde jalan senang nak naik. Terima kasih Allah

A post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail) on

Idzham turut menolak dakwaan sengaja menunjuk-menunjuk kebahagiaan rumah tangganya kerana sering memuatnaik ‘happy moment’ bersama isteri.

“Siapa cakap saya tak pernah gaduh dengan wife? Siap karate lawan MMA lagi tau. Tapi saya pilih untuk post ‘every happy moment’ untuk saya tatap, dan merindui moment bersama isteri yang happy, happy disaat saya ada rasa marah.

“Ia membantu saya untuk lebih salahkan dan perbetulkan diri jika ada ketidak fahaman. Saya memilih untuk menyebarkan positiviti kepada semua, secara tak langsung ia akan berbalik kepada saya juga.

“Saya memilih untuk ‘’update tentang kerjaya dan ‘family life’ yang ‘happy’ dan terpilih sahaja,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

Menggamit bibit cinta di lokasi pertama dating masa bulan madu. . Lelaki pujaan Perempuan kiriman Tuhan

A post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail) on

Tambahnya, setiap individu mempunyai pilihan untuk berkongsi mengenai kehidupan harian di sosial media yang kandungannya ditentukan sendiri oleh mereka.

“Kita ada medium yang boleh kita beritahu satu dunia menggunakan jari, kita yang tentukan ‘content’ dan ‘vibe’ yang kita nak sebarkan.

“Jadi kenapa pilih jalan hitam? Kenapa pilih negativiti, kenapa pilih kebencian? We are what we believe we are, we choose what we looks like,” katanya.

Dalam pada itu Idzham turut mengucapkan terima kasih kepada warga net yang sering menerima penyampaiannya secara positif.

“Alhamdulillah kebanyakan suka dan menerima secara positif apa yang saya sampaikan. Terima kasih semua yang sentiasa menyokokong dalam semua aspek,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

Pernah ada orang DM (using Fake Account Ofcourse) tanya saya, Tak payah nak acah acah happy lah dengan wife selalu, mana ada orang happy selalu dalam marriage. Saya tak layan tapi saya nak post disini sebagai satu inspirasi kepada yang lain. Kita disajikan dengan pelbagai medium yang mudah kita berinteraksi samada secara terus atau secara separa terus. Berbalik kepada niat kita untuk kita guna medium media social ni untuk apa. Siapa cakap saya tak pernah gaduh dengan wife? Siap karate lawan MMA lagi tau. Tapi saya pilih untuk post every happy moment untuk saya tatap, dan merindui moment bersama isteri yang happy happy disaat saya ada rasa marah. Membantu saya untuk lebih salahkan dan perbetulkan diri jika ada ketidakfahaman. Saya memilih untuk menyebarkan positivity kepada semua, secara tak langsung ia akan berbalik kepada saya juga. Saya memilih untuk memberitahu update tentang kerjaya dan family life yang happy dan terpilih sahaja. Kita ada medium yang boleh kita beritahu satu dunia menggunakan jari, kita yang tentukan content dan vibe yang kita nak sebarkan. Jadi kenapa pilih jalan hitam? Kenapa pilih negativity, kenapa pilih kebencian? We are what we believe we are, we choose what we looks like. Alhamdulillah kebanyakan suka dan menerima secara positive apa yang saya sampaikan. Thank you semua yang sentiasa menyokong dalam semua aspek.

A post shared by Idzham Ismail (@idzham_ismail) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram @idzham_ismail

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.