“Saya Nak Buat Pengakvan Jujur, Saya Minat Dia Ni” Datin Alyah

Penyanyi Datin Alyah membuat pengakuan jujur bahawa dia meminati bakat penyanyi muda, Haqiem Rusli. Menurut Alyah, dia kagum dengan cara Haqiem membina namanya sendiri.

“Saya nak buat pengakuan jujur kat sini…. Saya minat dia ni. Saya suka cara dia bina empire nya sendiri,” tulisnya.

Alyah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bersama penyanyi Tergantung Sepi itu.

Menceritakan mengenai perjumpaannya dengan penyanyi lelaki tersebut, Alyah berkata, pada mulanya mereka tidak berkata-kata.

“Beberapa kali jumpa kami banyak berdiam. Tengok tengok jer. Tapi kali ni lain. Kami sempat berborak dan dia pandai bergurau juga rupanya. Ingatkan budak ni sejenis serious je..

“Saya pernah rasa apa yang dia lalui dan saya sangat faham. Saya juga bangga kerana dia kembali berjalan dengan penuh yakin dan mempunyai fokus yang tepat,” katanya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mahu melihat mereka berduet.

“Nak lagu duet Alyah X Haqiem.

“Buat lagi duet kak, pasti meletop.

“Ajaklah Haqiem buat duet,” komen beberapa pengikutnya.

Menerusi foto yang dikongsi bersama itu kelihatan seperti mereka bertemu ketika berada di acara yang sama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.