“Sekarang Baru Proses Bercinta, Rasa Bahagia Sangat” Nadzmi Adhwa

Nadzmi Adhwa mengakui tidak terucap dengan kata-kata dan tidak tergambar bagaimana bersyukurnya apabila Ardell Aryana datang meminangnya selepas beberapa hasrat untuk memperisterikan sahabat baiknya itu ditolak.

Dari sahabat bertukar menjadi suami isteri, Nadzmi berkata kehidupannya kini sangat berbeza. Nadzmi akui masih rasa kekok dan sukar untuk mengucapkan kata-kata romantis kerana perasaan malu.

“Tak tercapai akal bila dia meminang, malah selepas akad kami masih malu-malu. Yalah, dia kawan baik saya, dulu selalu bergurau kasar, panggil pun aku dan kau tiba-tiba dalam masa beberapa hari kena tukar panggilan yang manja, memang segan.

“Saya memang sudah lama sukakan dia, namun dia kerap menolak. Sekarang kami baru dalam proses bercinta, memang seronok dan rasa sangat bahagia,” katanya kepada Utusan Online.

Meskipun sudah bergelar pasangan suami isteri, Nadzmi berkata dia memahami tugas dan kerjaya isterinya, begitu juga Ardell. Malah, dia dan isteri tidak meletakkan sebarang syarat untuk mereka terus berlakon.

Nadzmi dan Ardell selamat diijabkabulkan pada 1 September dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis secara tertutup yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.