Tengku Mahk0ta Kelantan Dan Isteri ‘Turun Padang’ Bersihkan Pantai

Sejak kebelakangan ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering menjadi perhatian ramai.

Ini kerana baginda berdua amat disenangi rakyat kerana sikap ramah serta prihatin yang ditunjukkan oleh Agong dan Permaisuri Agong.

Terbaru, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra tidak ketinggalan untuk mencemar duli di sebuah kawasan pantai di negeri tersebut.

Baginda bersama isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson kelihatan membersihkan sampah-sarap di sekitar kawasan pantai sebelum mengumpulnya ke dalam tong.

“Hari ini kita pergi ke pantai di Kelantan untuk membersihkan kawasan,” Tulis Cik Puan Sofie menerusi laman Instagram rasmi, Ijo_.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif netizen dengan mendapat lebih 7,500 selepas hampir 24 jam dimuat naik.

Harap2 buat kempen kebersihan

Semoga jadi ikutan ramai

Ini la contoh pemimpin!

Kepimpinan melalui teladan

Tahniah! Ramai perlu sedar benda ni

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Sofie Louise Johansson

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.