“Bukan Kerana Tamakk, Tapi Itu Dipanggil Rezeki” Semakin Aktif Dalam Bidang Seni, Bella Astillah Ada Alasan Tersendiri

Bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah menyangkal dakwaan dirinya tamak kerana mengambil pelbagai tawaran dalam bidang hiburan selepas melalui fasa perceraian.

Semakin giat menceburkan diri dalam lapangan seni, Bella merasakan perkara ini sebagai salah satu rezeki untuk anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 3, dan keluarga.

“Jika ada yang mengenali saya dan keluarga semenjak dahulu lagi, pastinya mereka tahu saya dan adik, Didi Astillah telah mula menceburkan diri dalam bidang hiburan semenjak kami kanak-kanak lagi.

“Namun begitu, rezeki Didi datang terlebih dahulu untuk dia lebih menyerlah ketika meningkat remaja. Saya pula menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan selepas itu, saya mendirikan rumah tangga dengan bekas suami,” kata Bella.

Tambah Bella, dia hanya menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin dan mahu mencuba pelbagai perkara dalam bidang hiburan.

“Saya akui, kini saya kembali aktif dalam bidang hiburan. Ada orang yang mula mempertikaikan dan merasakan kehadiran saya sebagai satu nama yang ‘tiba-tiba muncul’, sedangkan saya sudah lama bergiat dalam bidang seni semenjak kanak-kanak lagi.

“Saya rasa tiada salahnya pun untuk saya bergiat aktif dalam bidang hiburan kerana ini adalah punca saya mencari rezeki untuk anak dan keluarga.

“Saya tidak tamak kerana saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak untuk keluarga dan ibu tunggal kepada anak kesayangan saya. Apa salahnya saya gunakan peluang yang ada,” kata Bella.

Drama bersiri lakonan Bella selaku teraju utama, Cinta Belum Tamat Tempoh kini sedang ditayangkan di slot Megadrama.

Cinta Belum Tamat Tempoh merupakan adaptasi dari novel judul sama tulisan Rehal Nuharis. Diarahkan oleh Jamal Khan, drama bersiri ini bersiaran selama 16 episod bermula 9 September.

Selain Bella, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Nafiz Muaz, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Syuhaida Abraz, Radin ERA dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.