“Kalau Nak Raih Like Jangan Tunjuk Sangat ‘Ketidakpandaian’ Tak Tau Nak Beza…” Pakai Surgical Mask Nak Elak Jerebu, PU Abu Undang Komen Netizen

Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram menerusi sebuah entri terbaru.

Foto tersebut menunjukkan Abu memakai topeng muka pembedahan (surgical mask) ketika musim jerebu.

“Moga Allah lindungi Malaysia. Masalah jerebu makin merisaukan, gambaran Ad-Dukhan mula dibahaskan namun sejauh mana kita mempersiapkan diri berhadapan dengan kejadian yang sebenar. Allahu musta’an.

“Ayuh persiapkan hati di samping menjaga kesihatan diri,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bertindak mengecam tindakan Abu yang salah memakai jenis topeng muka.

Sekadar info, topeng muka nipis yang sering dipakai oleh para doktor sewaktu pembedahan bukanlah alat yang sesuai digunakan untuk menghalang asap jerebu masuk ke dalam rongga pernafasan.

Topeng muka yang berkesan untuk jerebu adalah N95.

Sudah hampir tiga minggu Semenanjung Malaysia dan Sarawak mengalami masalah jerebu yang membahayakan kesihatan rakyat.

Jerebut tersebut dilaporkan berpunca susulan kebakaran hutan di enam wilayah di Indonesia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Instagram @puabu_official

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.