“Kami Rindu..” Mengalirnya Air Mata Lelaki, Video Tribvte Sahabat ‘Pergi’ Cetvs Hiiba

Seseorang yang bernama sahabat punya tempat yang istimewa dalam hati kita, lebih-lebih lagi bila duduk berjauhan dengan keluarga, memang bersama kawan-kawan tempat kita berkongsi suka dan duka.

Justeru, kehilangan seorang sahabat sememangnya memilukan, kerana itulah seorang remaja bernama Noah Dani Shahrin, menerusi akaun Twitter telah berkongsi ebuah video ‘tribute’ khas buat arwah sahabatnya, Darwish Haykal Mohd Rizalmi.

The pain of loss 

Video yang berdurasi 41 saat berserta dengan kapsyen ‘The pain of loss’, memaparkan rakan-rakan sebilik duduk di hadapan almari arwah dan dapat diperhatikan masing-masing tidak dapat menahan sebak melihat semula barang peribadi milik arwah.

Arwah maut kemalangan…

Menerusi temu bual yang dibuat oleh mStar, arwah berusia 14 tahun telah maut selepas kereta yang dinaikinya bersama keluarga merempuh sebuah lori treler di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Hentian Kijal, Kemaman, 13 September lalu.

Mengimbau kembali kenangan bersama sahabatnya, Noah memberitahu bahawa arwah sangat meminat sukan ragbi. Malah, arwah baru sahaja pulih daripada kecederaan bahu kiri ketika bermain ragbi.

Kami rindu sangat dekat dia…

Apabila disoal mengenai video itu, Noah berkata, sebenarnya tujuan mereka membuat video tersebut adalah disebabkan mereka terlalu merindui arwah, memandang mereka adalah rakan satu asrama dan sangat rapat dengan arwah.

“Kami duduk satu asrama. Kami tulis nama kami dekat locker dia. Mula-mula nak post sebab teringat dan rindu dekat arwah yang pergi secara mengejut. Tak sangka video tu boleh viral. Kami pun terkejut sebab ramai komen sedih tengok video itu…”

Tweet tersebut yang kini sudah mencecah 12 ribu retweet, telah mengundang rasa sedih dan pilu netizen. Rata-ratanya bersimpati dan memberi kata-kata semangat buat rakan-rakan arwah.

Sedihnya, sekarang cuma tinggal kenangan

Arwah bertuah ada kawan macam korang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Noah Dani Shahrin & mStar Online