“Papa Kata 4 Isteri Tak Mampu Jaga Macam Anak..” Dr Norzizi Zulkifli

Pelakon, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli memuat naik dua keping gambar di laman Instagram miliknya yang berkongsi kesedihan mengenai bapanya Datuk Zulkifli Zain.

Gambar tersebut mengundang perhatian ramai apabila kelihatan bapanya yang juga pelakon dan seniman veteran sedang dirawat di sebuah hospital.

“Lepas breakfast, duduk kat katil kena picit lutut dia, sekali lagi papa duduk ulang suruh bagitahu adik2 dia ucap terima kasih dan katanya 4 bini pun tak mampu jaga macam mana anak2 dia jaga papa mama.

“Macam2 lagi lah dia cakap so saya cepat2 amik phone and I said “Ha cakap kat adik2 smua, Zi rakam ni” video tu buat saya tak boleh tahan, burst!,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

My 1st love 💕

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

Menurut Dr Norzizi, video yang dirakam itu menimbulkan perasaan sebak sehingga mengalirkan air mata di sisi bapanya sebelum pergi ke tempat kerja.

“Rabak. So saya abadikan kerabakan saya dengan papa, pagi ni, sebelum I nak pergi kerja!,” katanya.

Terdahulu, Zulkifli yang berusia 75 tahun mengalami lumpuh tangan serta kaki kiri akibat diserang penyakit angin ahmar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Norzizi Zulkifli

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.