“Tak Payah Rancak Sangat Menulis Benda-Benda Yang Mengundang Fltnah..” Rozita Che Wan

Pelakon Rozita Che Wan berang apabila terdapat sebuah portal menulis tajuk utama artikel yang tidak sepatutnya digunakan.

Menurut Rozita atau lebih dikenali dengan Che Ta, tajuk utama sebuah artikel boleh menjadi punca timbul salah faham di kalangan pembaca.

“Reporter kalau nak tulis headline jangan nak kurang ajar sangat na! Headline boleh buat orang salah faham! Tak payah la nak kejar like, komen dan share!” tulisnya.

Luahan itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya semalam.Tambah isteri kepada aktor Zain Saidin ini, dia menegaskan supaya pihak terbabit berhenti untuk menulis perkara yang boleh mengundang fitnah.

“Kejar dulu bekalan nak bawak nanti! Kita hidup bukan menongkat langit! Tak payah rancak sangat menulis benda-benda yang mengundang fitnah! Takut nanti 100 tahun disoal tentang jari ja!

“Dalam dunia ni bukan artis ja akan mati! Press blogger pun sama! So sedar diri ya,” tulisnya lagi.

Terdahulu, sebuah artikel mengenai Che Ta menjadi bualan netizen di laman sosial Twitter selepas dikongsikan oleh sebuah portal hiburan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.