“Tiada Siapa B0leh Bantv,” Sekali Lagi P0sitif, Ini Pesan Jamal Abdillah Kepada Mamat Exist

Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah memahami hakikat bukan mudah untuk seseorang individu itu berubah apabila mereka mula melibatkan diri dengan najiis dad4h.

Namun, kata Jamal, tidak mustahil seseorang itu boleh pulih sepenuhnya jika dia kuat melawan dirinya sendiri.

“Saya tidak berani untuk menasihati sesiapa mengenai ini, tapi dari pengalaman saya bukan mudah seseorang itu untuk berubah dan pulih.

“Malah, saya boleh kata saya juga dalam proses pemulihan dan sesiapa yang pernah terlibat dalam najiis d4dah ini, bila-bila masa mereka boleh kembali.

“Apa yang pasti, mereka perlu kuat melawan diri mereka sendiri untuk menjauhkan daripada kembali terjebak,” katanya.

Jamal ditemui selepas majlis pelancaran Majlis Malam Amal Pengasih yang menampilkan dirinya dan penyanyi Man Bai.

Penyanyi yang popular dengan lagu Seniman Menangis itu diminta mengulas mengenai vokalis asal kumpulan Exists, Mamat yang kembali terjebak dengan najiis d4dah baru-baru ini.

Mamat Exist ditahan pihak polis di Johor Bahru selepas disahkan p0sitif d4dah.

“Saya tidak begitu mengenali Mamat Exist, tapi apa yang saya boleh pesan dia harus bangkit dan fokus dengan tujuan hidupnya.

“Tiada siapa boleh membantunya kecuali dirinya sendiri. Tidak boleh salahkan sesiapa termasuk keluarga tapi dia harus melawan dirinya sendiri,” pesannya ringkas.

Mamat difahamkan masih terlibat dalam menjayakan Konsert Exists Reunion yang akan berlangsung pada 28 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Jamal dan Man Bai bakal beraksi dalam Majlis Malam Amal Pengasih pada 17 November ini di Hotel Istana Kuala Lumpur bermula jam 7.45 malam hingga 11 malam.

Majlis ini bagi menjana dana untjk menyiapkan fasiliti Rawatan & Pemulihan D4dah Pengasih di Cinta Manis, Bentong Pahang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.