“Tular Baca Berita Bak Pr0fesional,” Suri Rumah Ini Berjaya Jadi Penyampai Buletin Utama TV3

Pasti masih ada yang ingat dengan gelagat seorang suri rumah yang menyertai #bacaberitachallenge, video yang dimuat naik oleh anaknya di laman Twitter, memaparkan kehebatannya dirinya membaca berita, telah menarik perhatian netizen.

Mendapat ribuan retweet, siapa sangka tuahnya suri rumah tersebut menyertai pertandingan #bacaberitachallenge yang dianjurkan oleh pihak produksi TV3, berjaya terpilih menjadi 10 pemenang terbaik.

Ibu memang minat baca berita…

Menurut anak perempuannya menerusi tweet, dengan nama akaun Putrinurarisyaa, memaklumkan bahawa ibunya memang meminati bidang penyampaian berita, dan kerana itulah ibunya memasuki pertandingan tersebut.

Video yang tular itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang kagum, dengan cara ibunya menyampaikan berita, kerana kelihatan seperti profesional dengan gaya suara dan mimik muka mirip pembaca berita sebenar.

Banyak dugaan rupanya…

Malah, gadis tersebut itu juga sempat berkongsi video bloopers ketika proses rakaman berita dibuat untuk dihantar kepada #bacaberitachallenge, rupa-rupanya banyak juga dugaan.

Berjaya juga masuk buletin TV3

Tuah viral, akhirnya ibu berusia 37 tahun itu berjaya mencapai impiannya, apabila dia terpilih untuk membacakan berita untuk Bulletin Utama.

Walaupun baru pertama kali, dapat diperhatikan kesemua yang terlibat dalam #bacaberitachallenge mempunyai bakat semula jadi, cara penyampaian dan intonasi mereka sudah seakan pembaca berita profesional.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Putrinurarisyaa & Bulletin TV3

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.