“Anak Yang Nak Kahwin Bukan Saya” Bakal Terima Menantu Lelaki, Rosyam Nor Tak Campur Hal J0doh Anak

Penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor mendedahkan bakal menerima seorang lagi menantu lelaki hari ini.

Menurut Rosyam, anak keduanya, Nur Anis, 26, akan dinikahkan dengan pilihan hatinya yang berumur 29 tahun di Kuala Lumpur.

“Anak saya, Nur Anis akan berkahwin hari ini di Kuala Lumpur. Insya-Allah majlis resepsi akan diadakan pada hari Sabtu diikuti dengan majlis di sebelah pihak lelaki pada minggu hadapan

“Ini majlis perkahwinan anak saya yang kedua. Untuk kali ini majlis hanya dibuat secara sederhana memandangkan ekonomi sekarang tidak bagus,” katanya.

Rosyam ditemui di majlis tayangan perdana filem Motif di e@Curve, Damansara semalam.

Tambah Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin menyatakan dia tidak mencampuri urusan pemilihan pasangan hidup anaknya.

“Eh! Itu anak saya yang nak kahwin bukan saya. Saya percaya dengan jodoh. Kalau dia memilih individu tersebut jadi baik buruk haruslah ditanggung dan diterima.

“Saya menguruskan dia sehinggalah dewasa dan kini bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Alhamdulillah ada pihak yang inginkan anak saya, kalau tak ada lagi saya pening,” katanya lagi.

Selain Rosyam, filem Motif turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Taqim Zaki, Emma Tosh, Azhan Rani dan ramai lagi.

Filem arahan Nadiah Hamzah ini akan ditayangkan di pawagam mulai 26 September ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.