Selepas keguguran pada bulan Jun yang lalu, dramatis terkenal, Fasha Sandha telah dilihat kembali hamil apabila gambar-gambar terbarunya menampakkan sosok tubuh seperti sedang mengandung.
Walaupun Fasha dan juga suami tercinta, Aidil Aziz tidak mengumumkan secara terbuka mengenai kehamilan pelakon wanita itu, namun orang terdekat Fasha iaitu ibunya telah mengesahkan perkara tersebut.
Bakal timang cahaya mata baru
Hari ini, Fasha Sandha telah memuat naik satu posting gambar bersama keluarga kecilnya dengan kapsyen menyatakan bakal berlima tidak berapa lama lagi.
Gambar yang memperlihatkan dirinya bersama suami serta anak-anak hasil perkahwinan terdahulu telah mendapat perhatian netizen yang gembira dengan kesahihan khabar angin megatakan Fasha sedang hamil semula.
Tahniah Fasha dan Aidil
Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen telah menzahirkan ucapan tahniah atas berita gembira itu. Mereka turut mendoakan agar kehamilan kali ini menjadi dan pasangan selebriti tersebut menimang cahaya mata kelak.
Alhamdulillah…
Jangan buat kerja berat sis
Rezeki Allah beri
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
Sumber : Fasha Sandha
PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.