Tidak semua insan dikurniakan kemewahan dan kesenangan semasa hidup. Namun begitu, hal tersebut juga bukanlah satu penghalang untuk seseorang itu menikmati kebahagiaan bersama orang-orang tersayang.
Ada lagi susah selain kita
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai liyanahusna, dia telah memuat naik satu video pasangan suami isteri warga emas yang ingin melintas jalan.
Sang Isteri dilihat menyorong kerusi roda suaminya yang tidak boleh berjalan untuk menyeberangi laluan di kawasan lampu isyarat.
Bila hang rasa hang susah, tapi ada orang yang lagi susah dari hang, so bersyukurlah dengan apa yang ada…doakan tok & tokwan ni selamat sampai rumah….depa jalan kaki dari pekan pendang ke taman sri pendang… jauh weh 😭😭 pic.twitter.com/ApkOPdMbRa
— yana (@liyanaahusna) September 18, 2019
Pernah orang ajak tumpang tapi depa tak mau
Dia yang menaiki motosikal sempat mendoakan agar pasangan warga emas itu terus diberi kesihatan yang baik dan kuat dalam melayari hari-hari tua mereka.
Menerusi komen yang diperoleh daripada posting tersebut, ada sebahagian warganet telah menyatakan bahawa mereka mengenali pasangan itu.
Selalu nampak mereka nak pergi masjid
Pasangan warga emas yang tinggal di kawasan Pendang, Kedah itu dikatakan hanya berjalan kaki untuk kemana-mana. Ada juga warganet yang mendakwa pernah melihat sang isteri menolak kerusi roda suaminya yang ingin menunaikan solat Jumaat ke masjid.
Terfikir mak ayah sendiri
Sehubungan dengan itu, menerusi muat naik tersebut, rata-rata netizen telah menzahirkan rasa kasihan terhadap pasangan warga emas tersebut kerana terpaksa berjalan kaki dalam jarak yang jauh sedangkan mereka sudah tidak begitu berdaya.
Tak sampai hati nak tengok
Cinta sejati
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
Sumber : yanahusna
PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.