“Kuku Dah Biru, Tangan Kiri Kebas Dan Rasa Blsa” Ini Sebab Kenapa Effa Nareesha Perlukan RM60,000

PELAKON Effa Nareesha dikejarkan ke Hospit4l Shah Alam pada Selasa lalu selepas mengalami ser4ngan j4ntung yang serius.

Effa, 41, atau nama sebenarnya Effa Nareesha Muhammed berkata, kejadian dialaminya bermula sejak 6 September lalu selepas dia keluar makan dengan beberapa rakannya di Pandan Indah, Ampang.

“Tiba-tiba bahagian dada terasa berat dan sesak nafas membuatkan saya hilang suara selama dua minggu.

“Kemudiannya, rakan paksa saya pergi buat pemeriksaan di hospit4l terdekat. Pada mulanya saya enggan. Tapi apabila tengok keadaan diri yang susah nak bernafas dan pandangan kabur serta nak pitam, saya akhirnya ikut cakap mereka.

“Saya dirujuk ke wad kecema4san Hospit4l Ampang tapi enggan ditahan di sana, lebih-lebih lagi pihak hospit4l memaklumkan katil penuh,” katanya kepada Harian Metro.

EFFA sukar bercakap, berbaring mahupun berjalan kerana cepat terasa penat. FOTO Ihsan Effa Nareesha.

Katanya, dia minta dibenarkan pulang untuk berehat di rumah atas risiko sendiri kerana mempunyai bayi yang masih kecil.

“Malam 17 September lalu, saya rasa sakit bahagian belakang dengan bahagian dada menyucuk-nyucuk.

“Kuku dah biru, tangan kiri kebas dan rasa bisa. Badan berpeluh dan akhirnya minta tolong seorang rakan bawa saya ke Hospit4l Shah Alam kerana rekod perubatan sakit j4ntung ada di sini.

“Doktor beritahu j4ntung saya bengkak dan berada dalam tahap bahaya sekarang sekiranya tak buat apa-apa pembed4han dan rawatan susulan,” katanya.

Pelakon yang pernah membintangi pelbagai drama antaranya Penjara Seorang Isteri, Doa Depan Kaabah dan filem Khurafat, Kongsi serta Ngangkung kini ditahan di wad dan dalam tempoh itu doktor akan memasukkan ubat untuk cairkan darah di perutnya serta memantau perkembangan j4ntungnya.

“Saya sukar nak bercakap, berbaring mahupun berjalan kerana cepat terasa penat. Saya mula dikesan ada s4kit j4ntung sejak 1997 dan pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas pengsan tak sedarkan diri selama tiga hari pada tahun sama.

“Saya pilih masuk Hospit4l Shah Alam kerana berdekatan rumah emak di sana. Untuk kos pembed4han di Institut J4ntung Negara (IJN), saya kena sediakan lebih RM60,000.

“Pihak Hospit4l Shah Alam akan rujuk kes ini ke Hospit4l Serdang kerana di situ menempatkan pakar kardiologi. Namun kosnya saya belum tahu lagi,” katanya yang turut aktif berniaga produk makanan kering menerusi pertubuhan Gagasan Anak Seni (GTAS) dan secara atas talian.

Effa berstatus ibu tunggal mempunyai empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan berusia 17, 16, 15 tahun dan setahun lapan bulan mendakwa sudah berhabis hampir RM100,000 untuk rawatan sakit j4ntung yang dideritainya.

“Saya berterima kasih kepada Presiden GTAS, Anne Abdullah yang sangat menjaga kebajikan ahlinya.

“Begitu juga rakan artis seperti Nadia Kesumawati, Azura Aziz dan Ratna yang sanggup tahan mata jaga saya dari tengah malam sampai pagi.

“Terima kasih juga buat rakan artis yang buat sumbangan. Saya mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana pihak mahu membantu meringankan beban yang ditanggung saya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Hmetro

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.