Nabil Ahmad Buat Majlis Akikah Anak Dan Sambut Hari Lahir Ke-36 Serentak

Kehidupan keluarga pengacara dan juga pelawak terkenal, Ahmad Nabil Ahmad terlihat begitu bahagia apabila dikurniakan tiga orang puteri. Anak bongsunya , Mishall Imani yang berusia hampir lima bulan begitu comel dan penuh keletah manja.

Tema putih & purple!

Hari ini, Nabil telah mengadakan majlis akikah buat puteri bongsunya itu. bertemakan warna putih dan ungu.Majlis tersebut dilihat tenang dan dihadiri kenalan rapat serta sanak-saudara.

Gambar-gambar semasa majlis juga telah dimuat naik oleh pelawak itu di Instagram rasminya.

Sambut hari lahir ke-36

Disamping itu juga, Nabil Ahmad sempat menyambut hari lahirnya yang ke-36 yang jatuh pada minggu hadapan. Kek hari jadinya keliahatan begitu menarik perhatian kerana berbentuk karikatur dirinya berpakaian seperti orang Arab.

Terdahulu, Mishall Imani telah selamat dilahirkan pada 24 April 2019 secara pembedahan kira-kira jam 1 tengah hari. Kelahiran  Mishall ini telah menambahkan lagi seri dalam keluarga Nabil Ahmad dan isteri yang sebelum ini telah mempunyai dua orang anak perempuan.

Semoga Mishall Imani membesar sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tua dan sentiasa memperoleh kesejahteraan dunia serta akhirat. Happy birthday too Nabil!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Nabilzira

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.