“Pergi Di Malam Jumaat,” Bilal Rebah Selepas Laung Azan Isyak

Hidup dan mati merupakan rahsia Maha Pencipta. Tiada sesiapa pun dapat mengetahui perjalanan hidup seseorang dan tarikh kematiannya kelak.

Namun begitu, pemergian dalam keadaan sedang beribadat kepada Allah S.W.T adalah salah satu impian setiap umat Islam. Hal ini bukan sahaja dipandang tinggi oleh masyarakat, malahan memberi perspektif yang baik kepada semua.

Meninggal dunia di masjid

Menerusi satu perkongsian yang diperoleh daripada laman Facebook Masjid An-Nur Felda Teloi Timur, seorang lelaki yang warga emas telah meninggal dunia seusai melaungkan azan Isyak.

Rebah selepas selesai azan

Menerusi kenyataan daripada  Facebook sumber, warga emas yang juga merupakan peneroka Felda dikenali sebagai Ahmad bin Said atau mesra disapa (Mat CB).

Dia sering menjadi bilal secara sukarela dan melaungkan azan apabila tiba waktu solat fardu di masjid tersebut. Ahmad yang baru usai melaungkan azan Isyak telah rebah secara tiba-tiba.

Baru selesai majlis bacaan Yassin

Orang ramai mulai mengerumuni Ahmad yang ketika itu sudah pun meninggal dunia. Menurut sumber juga, masjid itu baru selesai mengadakan rutin mingguan iaitu bacaan Yassin dan tahlil ringkas memandangkan semalam adalah hari Khamis malam Jumaat.

Salam takziah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga jenazah atas pemergian seorang bilal yang merupakan kariah masjid An-Nur Felda Teloi Timur.

Perjalanan menemui Allah S.W.T yang sungguh cantik aturannya telah dicemburui oleh mereka kerana menyifatkan kematian tersebut sebagai Khusnul Khotimah iaitu dijemput ajal ketika sedang berbuat kebaikkan.

Kematian yang dicemburui

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Masjid An-Nur Felda Teloi Timur

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.