“Tak Serlk Kahwln Lagl ” Radhi Idamkan Wanita Berpvrdah

Disahkan bercerrai pada Mac lalu dan sudah dua kali gagal dalam perkahwinan, vokalis kumpulan OAG, Radhi akui tidak serik untuk mendirikan rumah tangga lagi.

Radhi berkata, jika dia ditakdirkan untuk melayari bahtera perkahwinan sekali lagi, dia berharap dijodohkan bersama seorang wanita berpurdah dan mahukan perkahwinan itu kekal sehingga ke akhir hayat.

“Sebenarnya untuk jatuh cinta lagi bukan suatu perkara yang mudah. Namun jika ditakdirkan saya berkahwin sekali lagi kalau boleh saya mahu yang lebih baik dan kuat pegangan agama serta berpurdah.

‘Saya tahu bukan mudah nak cari wanita berpurdah pada masa kini, tapi kalau boleh saya memang nak wanita berpurdah sebab saya tak nak dedahkan dia kepada umum.

“Tapi apa-apa pun yang penting, saya harap jika saya berkahwin lagi, ia akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Saya tak nak perkara sama berulang lagi,” katanya.

Terdahulu, Radhi mendirikan rumah tangga dengan Nur Syahira Ayu Zahiri 14 April 2014 kemudian disahkan bercerai dengan talak satu pada 25 Mac lalu. Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3 tahun.

Radhi pernah berkahwin dengan pelakon drama, Shazlin Sharif pada 2005 kemudian bercerai pada 2010 dan mempunyai seorang anak lelaki Muhammad Rifdhi Muslim kini berusia 14 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.