“Akhirnya Zamani Berkahwin.” Zamani Dedah Punca Nekad Kahwin Cepat,Punca Nya Memang Tak Disangka

PENYANYI Zamani Ibrahim mengejutkan dunia hiburan apabila dia mengumumkan selamat bergelar suami kepada pasangannya, Nur Juliana Abdul Rani dengan sekali lafaz pada Jumaat.

Zamani, 48, melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya itu di Ampang, Kuala Lumpur dalam majlis ringkas yang dihadiri ahli keluarga serta kenalan terdekat.

Hanya sekali lafaz Zamani sah bergelar suami kepada Juliana pada Jumaat.

Pada majlis tersebut pengantin perempuan menerima sebentuk cincin dan mas kahwin RM300 berserta tujuh dulang hantaran dibalas sembilan kepada pihak lelaki.

Pasangan yang sudah mengenali satu sama lain dan berkawan hampir 14 tahun itu juga bakal menunaikan ibadah umrah tidak lama lagi.

Dalam pada itu, pihak pengurusannya Zime Production memberitahu majlis resepsi pasangan tersebut bakal diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Selepas Umum Mahu Bertunang, Zamani Dedah Punca Nekad Kahwin Cepat

Zamani menceritakan bagaimana dia terdetik membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

Tahniah kepada penyanyi Zamani yang kini meledak dengan single terbaharunya, Aduh hasil sentuhan komposer Faizal Tahir.

Mengenai sisi peribadinya, umum barangkali sudah mengetahui hubungannya dengan Juliana atau Julie yang juga pembantu peribadinya.

Juliana merupakan individu yang bertanggungjawab memberikan sokongan kepada beliau ketika penyertaan dalam program realiti Gegar Vaganza 5.

Malah Juliana jugalah yang setia menyalurkan kata-kata semangat mengiringi perjalanan karier Zamani yang penuh pasang surutnya.

Sebelum ini iaitu pada 15 Jun lalu bertempat di majlis Ceria Aidilfitri Bersama Zamani anjuran ZIME Production di Ampang, peminat dikejutkan dengan pengumuman daripada vokalis kumpulan Slam itu yang mendedahkan bakal bertunang dengan gadis pemilik nama penuh Nur Juliana Abdul Rani.

Kepada Harian Metro, Zamani menceritakan bagaimana dia terdetik membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

Menurut Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 48, pada Ramadan lalu, beliau telah pergi ke Kedah selama dua minggu untuk berjumpa seorang ustaz atas urusan peribadi.

Dalam masa sama, beliau menerima saranan dan nasihat supaya mempercepatkan perkahwinan.

“Ustaz yang ditemui menasihatkan saya, tidak baik untuk membiarkan gadis ini menunggu terlalu lama.

“Dia turut menasihatkan yang mana boleh dibaiki, saya kenalah baiki.

“Kesempatan bertemu Ustaz itu, saya menjelaskan sudah lama berkawan dengan gadis itu dan meminta pendapatnya.

“Sudah lama saya berhasrat nak tamatkan zaman bujang dan bergelar suami kepada Juliana tetapi belum ada keyakinan yang cukup kuat.

“Alhamdulillah, kata-kata ustaz ini benar-benar meresap dan memberi kesedaran kepada saya untuk bertekad melakukannya (berkahwin),” katanya.

Dalam pada itu, Zamani masih berahsia akan tarikh pertunangan mereka dan hanya akan mendedahkannya apabila tiba waktunya kelak.

Dalam perkembangan lain, beliau yang berduet bersama Ezad Lazim menerusi lagu Lima Aksara, bakal melancarkan single berkenaan secara besar-besaran di platform laman sosial mulai hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Sinar Viral Network

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.