“Aku Ni Tak Kaya, Kenapa Cvri” Penat Tak Hilang, Motor Pulak Lesap Dirembat Orang

Kes curi motor makin menjadi-jadi sekarang ni. Jangan cakap malam je orang buat ‘kerja’, siang-siang buta pun kaki rembat ni berani nak perembat motor orang lain sesuka hati.

Ingat beli motor macam beli aiskrim kat kedai ke? Punya la jenuh nak kumpul duit, tapi itulah realiti yang terjadi kat sorang brader kita ni.

Menerusi perkongsian di laman Twitternya, @NasSuha_ meluahkan rasa sedihnya setelah seharian penat bekerja untuk menyiapkan mural di sebuah lokasi di Ampang — dia diuji pula dengan musibah lain, iaitu kehilangan motor kesayangannya.

Penat tak sempat hilang, datang pulak ujian lain bertimpa-timpa — siapa je yang tak sedih kan?

Hmm, kemurungan kejap baca luahan hati si Nas ni. Siapa yang curi tu, pulangkan la balik — dah kenapa ringan nau tangan tu nak mencuri ye dak?

Jangan la kita bawak main-main dengan hak orang lain ni, silap haribulan lagi besar bala yang sampai kat kita. Tak percaya, silakan berbuat jahat sesuka hati anda.

Apapun, ramai kawan-kawan Twitter lain yang menasihatkan brader ni supaya buat laporan polis — selain memberikan sokongan moral kepadanya, siap ada yang sudi offer bantuan lagi. Tabik kat korang!

So Nas, chin up! Leave the rest to the almighty Allah.

Plus, ramai kawan-kawan lain nak bantu dan korang yang baca ni pun kalau terasa nak hulur sebarang bantuan kepada Nas — mungkin boleh dm dia kat Twitter okay?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Twitter Via Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.