“Alhamdulillah Ada Yang Nak Anak Saya, Kalau Tak Ada Lagi Pening” Anak Kedua Rosyam Nor Selamat Mendirikan Rumahtangga

PELAKON Datuk Rosyam Nor berkata dia memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak untuk mencari dan menentukan pasangan hidup masing-masing.

Menurut Rosyam, 52, anak-anak mempunyai hak dalam menentukan pasangan dan dia sebagai bapa meletakkan kepercayaan penuh atas pilihan mereka itu.

“Anak saya yang nak kahwin bukan saya. Saya percaya dengan jodoh. Kalau dia memilih individu tersebut jadi baik buruk haruslah ditanggung dan diterima.

“Saya menguruskan dia sehinggalah dewasa dan mereka pula bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Alhamdulillah ada pihak yang inginkan anak saya, kalau tak ada lagi saya pening,” katanya.

Rosyam beri kebebasan anak-anak tentukan pasangan hidup.

Rosyam ditemui semasa tayangan perdana filem Motif yang diadakan di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Pelakon filem KL Gangster 2 ini dikurniakan lima anak perempuan iaitu Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam.

Dalam perkembangan lain, Rosyam memberitahu anak keduanya iaitu Nur Anis, 26, selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati pada Jumaat.

Pelakon Bella Dally bergambar dengan pengantin, Anis dan suami, Hariz.

“Anak saya (Anis) bernikah hari ini (Jumaat) dan Insya-Allah majlis resepsi akan diadakan pada Sabtu diikuti dengan majlis di sebelah pihak lelaki pada minggu hadapan.

“Ini majlis perkahwinan anak saya yang kedua. Untuk kali ini majlis hanya dibuat secara sederhana memandangkan ekonomi sekarang tidak berapa bagus,” ujarnya.

Sebelum ini nama Anis menjadi sebutan netizen apabila dia dikatakan menjadi orang tengah yang menyatukan pelakon Elfira Loy dan suami, Faris Anuar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.