“Beri Hantaran 20K,” Sufie Rashid Dan Pasangan Selamat Diijab Kabvl

Selepas mengikat tali pertunangan pada pada penghujung tahun lalu, hari ini penyanyi kelahiran Singapura, Sufie Rashid telah selamat bergelar suami kepada pasangannya.

Selamat bergelar suami isteri

Sufi dan isteri, Nurulain Md Yusof dengan sekali lafaz di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Pasangan ini telah dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan dan berlangsung dalam suasanan sederhana.

Hantaran 20k

Pada majlis tersebut, Nurulain telah menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 beserta mas kahwin dalam dolar Singapura iaitu $300 (RM910) dan juga sebentuk cincin.

Bersyukur dikurniakan isteri memahami

Merujuk kepada Mstar Online, juara Akademik Fantasia 2015 ini memaklumkan bahawa berasa bersyukur dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami kerjayanya sebagai selebriti dan langsung tidak menghalang dia terus berkecimpung dalam dunia seni.

Dia juga berdoa agar hubungan yang terbina akan kekal hingga ke akhir hayat. Selamat pengantin baru Sufie dan pasangan!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : mStar & Sufie Rashid

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.