“Bukan Suka-Suka, Tapi Ujian Saringan” Doktor Kongsikan 5 Tips Ibu Hamil Tak Muntah Bila Minum Air Gula

Antara ‘dugaan’ paling berat yang ibu-ibu hail kena lalui adalah bila nak buat check up dengan doktor. Mereka kena minum air gula, walaupun hanya sekali atau dua sepanjang masa mengandung, memang seksa nak habiskan segelas tu. Ada yang sampai muntah.

Biarpun mereka tahu apa sebabnya, tapi masih ramai yang mempertikaikannya. Memandangkan ianya satu proses wajib, Dr. Izzat ada jelaskan sebab-sebab dan tips-tips suapaya ibu-ibu hamil sekalian ni tak muntah masa minum air gula.

Bukan suka-suka untuk “mendera” ibu hamil, tapi ianya adalah ujian saringan

Bagi Dr. Izzat, tujuannya adalah untuk mengenalpasti samada ibu hamil ni ada tak kencing manis sepanjang proses penghamilan tu.

Untuk pengetahuan kaum adam yang bakal jadi bapa atau anak-anak muda yang tak tahu, dalam tempoh kandungan ibu hamil ada yang diserang kencing manis, darah tinggi. 

Kalau ada kencing manis, ada risiko kompilasi pada mereka, sebab itu lah doktor nak kenalpasti awal-awal dengan cara bagi ibu hamil ni minum air gula, sekurang-kurangnya ada rawatan segera dilakukan sebelum bersalin.

Kalau paras gula terkawal, maknanya kompilasi tu dapat lah dikurangkan. Jadi, Dr Izzat ada kongsikan tips-tips melalui Twitternya agar ibu-ibu hamil ni takkan muntah kalau minum air gula masa nak check up nanti.

1. Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.

2. Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dlm tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG je

3. Sampai kat klinik tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe. takdeler menggeletar badan sebab berpuasa lama.

4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun. Masa nurse atau doktor tengah cucuk ambil darah tu, berbual membawang pasal tupperwear ke, Lazada ke rancangan TV3 yg kol 10 tu ke atau apa apa yg boleh distract. Tahu-tahu je da settle

5. Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.

Alaa chill lah, minum bobba tea yang manis tu pun selamba je, takkan minum air gula pun tak boleh kann? 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Twitter Dr.izzat

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.